fbpx

RAC lantik operator baharu atasi isu kecurian motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAC melantik operator baharu bagi menguruskan kawasan letak kenderaan di Stesen KTMB Sungai Petani dan Gurun mulai November ini.

ALOR SETAR – Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melantik operator pengurusan letak kereta baharu berkuat kuasa November depan bagi mengatasi kebimbangan pengguna terhadap kes kecurian motosikal di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani dan Gurun dekat sini.

RAC dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat Adventure Realty Sdn. Bhd. dilantik sebagai operator bagi pengoperasian dan pengurusan tempat letak kereta di stesen milik KTMB itu bermula 1 November depan.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar pelantikan kontraktor baharu dapat menghilangkan kebimbangan orang ramai berkaitan isu tersebut.

“Selain itu, pelantikan operator ini juga bagi membolehkan fasiliti dan persekitaran kawasan berkenaan dijaga dan diselenggara dengan baik bagi memastikan keselesaan pengguna.

“Langkah ini diambil selepas operator sedia ada yang menguruskan kedua-dua tapak letak kereta itu iaitu syarikat Gemilang Pesona Fasiliti Sdn. Bhd. menamatkan perkhidmatan mulai 31 Ogos lepas,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, perbadanan mensyaratkan kepada operator yang dilantik untuk mematuhi perkara-perkara ditetapkan termasuk menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan iaitu pengawal keselamatan bagi tapak tersebut.

“Ia dalam memastikan keselamatan kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta di stesen-stesen keretapi sentiasa diutamakan.

“Selain itu operator juga harus sentiasa memastikan agar keselamatan kenderaan sentiasa terjamin daripada sebarang tindakan vandalisme, kecurian, rompakan dan kehilangan,” jelasnya.

Tambahnya, operator hendaklah memasang peralatan bersesuaian di kawasan letak kenderaan seperti televisyen litar tertutup (CCTV) bagi menjaga keselamatan kawasan itu.

“Pengawal keselamatan yang dilantik mestilah daripada kalangan warganegara Malaysia sahaja dan mempunyai jadual rondaan kawasan sekitar tempat letak kereta sepanjang tempoh beroperasi,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI