fbpx

JKKN anjur Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukan tarik tali antara acara yang dipertandingkan pada Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL 2022) di Dataran Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Orang ramai dijemput memeriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL 2022) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Festival yang dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bermula hari ini sehingga Ahad depan bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut JKKN, program yang telah memasuki tahun ketujuh itu berkonsepkan festival merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.

Jelas JKKN, festival tersebut mengangkat permainan Malaysia sebagai teras programnya dan seramai 1,368 peserta terdiri daripada badan beruniform serta sektor korporat akan terlibat.

“Pengisian utama FPM@KL 2022 adalah pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat yang dikelolakan oleh Kelab Sukan Tradisional Harmoni.

“Selain itu, penganjuran festival ini diharap dapat menyediakan peluang menjana pendapatan kepada usahawan seni budaya dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, JKKN berkata, orang ramai juga berpeluang menyertai permainan lagenda rakyat seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih / guni dan terompah gergasi.

Kata JKKN lagi, bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2022, dua acara larian diadakan iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run & Ride.

“Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.raceasia.com.

“Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI