fbpx

2,111 kes Covid-19, 7 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 2,111 kes semalam dengan lima kes import berbanding 1,665 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,823,975 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan pertambahan 612 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 25,327 kes.

Sejumlah 1,493 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,762,318 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 608 kes diikuti Kuala Lumpur (474), Perak (216), Sabah (152), Sarawak (102), Negeri Sembilan (92), Kedah (77), Kelantan dan Melaka (73) serta Pulau Pinang (71).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pahang (56), Johor (40), Terengganu (35), Putrajaya (29), Perlis (10) dan Labuan (tiga),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,330 dan BID 7,722.

Sebanyak 24,169 kes dikuarantin di rumah, 1,101 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 37 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI