fbpx
Lokasi mayat warga emas ditemui tertiarap di atas gergaji di Durian Burung dalam daerah Padang Terap pada malam semalam.

Mayat warga emas ditemui tertiarap atas gergaji enjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan tertiarap di atas gergaji enjin di Jalan Belakang Loji Air Syarikat Air Darul Aman (SADA) Durian Burung di sini semalam.

Mayat mangsa, Abdullah Ariffen, 68, dari Hutan Kampung, Alor Setar ditemui penduduk kampung yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 9.46 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di atas gergaji enjin di hadapan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Selain itu, terdapat sebatang pokok tumbang yang melintang jalan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan serta kesan mencurigakan.

“Hasil temu bual dengan isteri mangsa mendapati lelaki warga emas itu menghidap penyakit jantung dan masih dalam rawatan selain turut mempunyai penyakit darah tinggi dan mengambil insulin bagi sakit kencing manis,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar. – KOSMO! ONLINE

POPULAR