fbpx

‘Spiderman Perancis’ panjat bangunan 48 tingkat sambut hari lahir ke-60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robert memanjat pencakar langit itu tanpa sebarang tali keselamatan dan hanya menggunakan kapur untuk menghilangkan peluh di tangan. - Khaleej Times

PARIS – Seorang pemanjat bangunan bebas, Alain Robert telah ‘mendaki’ bangunan pencakar langit 48 tingkat di Perancis sempena sambutan hari lahirnya yang ke-60, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Robert yang digelar ‘Spiderman Perancis’,  memanjat bangunan Tour TotalEnergies di Paris setinggi 187 meter Sabtu lalu.

Lengkap memakai seragam berwarna merah, dia sempat melambai kepada penonton yang berada di bawah ketika menakluki puncak bangunan tersebut.

Robert memanjat tanpa bangunan itu tanpa tali keselamatan. Dia  hanya menggunakan tangan, sepasang kasut memanjat dan beg serbuk kapur untuk mengelap peluh.

“Saya mahu menghantar mesej kepada orang ramai bahawa umur 60 tahun bukanlah perkara yang teruk. Anda masih boleh bersukan, aktif, melakukan perkara yang menakjubkan.

“Saya berjanji kepada diri sendiri beberapa tahun lalu bahawa apabila saya mencapai usia 60 tahun, saya akan mendaki menara ini kerana 60 tahun melambangkan umur persaraan di Perancis dan saya fikir itu adalah sentuhan yang bagus,” kata Robert.

Robert mula memanjat bangunan pada tahun 1975 dan  berlatih di sebuah lereng dekat kampung halamannya di Valence di selatan Perancis. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI