fbpx

Sentuhan unik 100 pereka hijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANEKA rekaan dan corak hijab ditawarkan oleh Hijab Designers yang mempertaruhkan kreativiti 100 pereka dari pelbagai negara.

MENAWARKAN lebih 1,000 rekaan tudung dengan pelbagai corak, warna dan saiz hasil sentuhan pereka-pereka dari pelbagai negara membuatkan nama Hijab Designers cukup popular dan meniti di bibir para wanita dan pencinta hijab.

Seramai 100 orang pereka terlibat dalam penghasilan rekaan tudung setiap hari yang mengetengahkan keistimewaan masing-masing bagi memenuhi pelbagai cita rasa pelanggan.

Menurut pengarahnya, Mohamad Kamal Khalid, Hijab Designers merupakan penjenamaan semula TudungStore.com yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

“Penjenamaan semula itu dilakukan pada tahun lalu apabila kami membuat kelainan dengan mengumpulkan pereka-pereka tudung dari seluruh dunia untuk menghasilkan aneka rekaan tudung terbaik dan eksklusif.

TUDUNG yang ditawarkan bukan sahaja mempunyai corak menarik, bahkan direka terletak cantik pada muka si pemakai.

“Pereka-pereka ini datang dari pelbagai negara seperti Taiwan, Singapura, Brunei, Indonesia dan Malaysia yang mana masing-masing memiliki identiti dan kekuatan tersendiri.

“Sebagai contoh, pereka dari Indonesia lebih gemar bermain dengan corak abstrak dan ­ oral bersama sentuhan cat air, manakala bagi pereka Malaysia pula ke arah bentuk geometrik,” katanya ketika ditemui Stailo di butik Hijab Designers, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Jelasnya, pereka-pereka ini menghasilkan rekaan untuk jenama ini dan rekaan tudung yang dihantar oleh para pereka akan disemak dengan ada juga yang dibuat beberapa penambahbaikan bagi memenuhi piawaian ditetapkan dan selaras dengan konsep buatan khas.

Antara pereka yang digemari ramai itu adalah Printdesign.id, Fatah Design Scarf, Mazzea Hijab, TeraDesign dan Syoorga Hijab.

Kini, jenama itu juga sedang mengumpul 1,000 orang pereka di seluruh Malaysia untuk menghasilkan pelbagai jenis rekaan tudung dan bakal direalisasikan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut mengenai keistimewaan tudung jenama itu, Mohamad Kamal berkata, pihaknya menggunakan fabrik yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga cantik terletak pada muka si pemakai.

PELBAGAI pilihan hijab boleh didapati termasuk selendang dan tudung bawal.

“Material yang digunakan ialah seperti kapas voile, sifon babydoll, arabian krep, ryana satin dan premium satin.

“Di samping itu, para pelanggan juga boleh membuat tempahan khas mengikut corak, fabrik, warna, saiz mahupun cetakan nama mengikut kehendak masing-masing kerana kami mempunyai kilang sendiri,” ujarnya yang berasal dari Bangi, Selangor.

Pelanggan boleh memilih jenis-jenis tudung yang ada di laman web atau menghantar corak rekaan sendiri untuk dicetak di kilang Hijab Designers.

Bukan sahaja corak yang cantik, pelbagai pilihan tudung seperti sarung, selendang dan tudung empat segi atau bawal boleh didapati.

Selain itu, ia turut menawarkan tudung sedondon untuk ibu dan anak seawal usia empat tahun. Bagi gaya yang lebih mewah, juga ditampilkan perincian batu permata seperti Swarovski.

Pelanggan boleh mendapatkan tudung-tudung tersebut di laman webnya, iaitu www.HijabDesigners.com atau di pelbagai platform lain seperti Shopee, Lazada, stokis, ejen, dropship dan berkunjung ke butik.

Harga ditawarkan bergantung saiz, fabrik, rekaan dan perincian iaitu bermula RM49 dan ke atas. Jenama tersebut juga diminati pelanggan-pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei.

Ia turut mendapat tempahan khas oleh badan-badan korporat dan majlis perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI