fbpx
TUCHEL dilaporkan sedang diintai Juventus selepas Allegri gagal memastikan permulaan cemerlang pasukan itu musim ini. – AFP

Sentuhan Tuchel kini laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Dua kelab gergasi Eropah, Juventus dan Ba­yern Munich dilaporkan sedang mengintai peluang untuk menandatangani bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel yang dipecat oleh pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal bulan ini.

Difahamkan, Juventus yang dikendalikan oleh Massimiliano Allegri berdepan kesulitan pada permulaan kempen musim ini termasuk tewas memalukan 0-1 kepada kelab kerdil, Monza dalam saingan Serie A awal pagi semalam.

Kemerosotan prestasi Juventus bukan sahaja pada kempen Serie A, malah kelab The Old Lady itu turut gagal meraih sebarang mata pada kempen Liga Juara-Juara dengan dua kekalahan berturut-turut kepada Paris Saint-Germain (PSG) dan Spor­ting Lisbon baru-baru ini.

Situasi tersebut menyaksikan penyokong Juventus mendesak pengurusan tertinggi untuk melakukan sesuatu khususnya memecat Allegri dan digantikan dengan Tuchel yang masih dianggap sebagai salah seorang pengendali berpengaruh dunia ketika ini.

Situasi yang sama dihadapi oleh Bayern Munich selepas ketua jurulatih pasukan, Julian Nagelsmann bergelut pada kempen Bundesliga selepas gagal merekodkan sebarang kemena­ngan pada empat perlawanan domestik terakhir.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn masih memberi jaminan Nagelsmann akan kekal menerajui pasukan meskipun terdapat khabar angin bahawa posisinya bakal digantikan dengan Tuchel jika keadaan tidak menentu.

“Sudah tentu pengurusan tertinggi tidak berpuas hati de­ngan situasi semasa pasukan. Namun, itu tidak bermakna kita sudah melakukan perbincangan untuk mendapatkan pengendali baharu.

“Buat masa ini saya boleh memberi jaminan keyakinan pasukan terhadap kepimpinan Nagelsmann masih jitu,” katanya. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN