fbpx

Saya lihat awak dah sempurna, tidak perlu ‘edit’ lagi – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen Ustaz Azhar Idrus pada hantaran gambar yang dimuat naik Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni?.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, saya lihat awak dah sempurna, tak perlu edit (sunting) lagi”.

Demikianlah kata-kata yang ditinggalkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi ruangan komen pada gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Noor hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni? telah mendapat perhatian ramai temasuklah pendakwah popular tersebut.

Faiz yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat meminta ahli kumpulan Facebook tersebut untuk menyunting gambarnya bersama keluarga agar kelihatan seperti manusia biasa (sihat tubuh badan).

‘Boleh tak edit (sunting) badan saya sempurna macam orang normal, teringin sangat nak tengok,” tulisnya.

Namun, rata-rata orang ramai tetap memuji keadaan Faiz yang dikatakan sudah cukup sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan untuk diubah.

Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Faiz agar terus percaya diri serta tidak perlu berasa malu dengan keistimewaan tubuh badannya.

“Awak cukup sempurna, semoga tuan diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah serta rahmat Allah S.W.T.,” kata Cik Da Shabli.

“Awak sebaik-baik ciptaan Allah abang. Sebak baca hantaran ini dan komen kawan-kawan lain. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk abang dan keluarga,” ujar Daia Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI