fbpx

Orang Asli tersenyum, jualan Raja Kayu cecah RM2,000 seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA menunjukkan batang-batang Raja Kayu yang dikumpul di rumahnya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang sebelum dijual kepada pelanggan.

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli daripada suku kaum Bateq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000 seminggu hanya dengan menjual teras kayu yang dinamakan sebagai Raja Kayu.

Zakaria Abdullah, 55, berkata, dia mampu menjual kira-kira satu tan Raja Kayu dalam tempoh seminggu yang dipercayai mempunyai kelebihan dalam perubatan tradisional.

“Batang pokok Raja Kayu ini dijual kepada seorang pembeli di Kuantan, Pahang dengan harga RM15 sekilogram.

“Setiap kali masuk dalam hutan di sempadan negeri ini dan Terengganu, saya mampu mengumpul satu tan batang Raja Kayu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Zakaria berkata, dia bersama anak dan rakan akan bermalam selama seminggu di dalam hutan untuk mendapatkan bahan mentah tersebut.

Katanya, kesemua bahan mentah itu akan dikumpul di kawasan selamat sebelum dibawa pulang ke rumah untuk diproses.

“Antara kegunaan Raja Kayu ialah untuk membuat ubat-ubatan, sarung golok dan patung ukiran.

“Kebiasaannya, saya akan menyewa kenderaan pacuan empat roda bagi tujuan menghantar sendiri Raja Kayu kepada pembeli yang tinggal di Kuantan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI