fbpx

MyIPO tawar dana RM4 juta fail Harta Intelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER Nanda Linggi ( tengah ) bersama dif kehormat dan pelajar di majlis program Belia Berinovasi : Aspirasi Keluarga Malaysia di MRSM Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)  menawarkan Dana Pemfailan  harta Intelek 2.0 sebanyak RM4 juta kepada usahawan yang layak bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini sehingga 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Sri Alexander Nanda Linggi berkata, sebanyak RM504,869 dibelanjakan bagi membiayai 552 permohonan daripada 1,181 permohonan keseluruhan.

“Dana ini telah mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan usahawan dan baki permohonan masih disaring mengikut kriteria kelayakan pemohon.

“Pihak MyIPO akan bantu  pemohon yang tidak  memenuhi kriteria supaya mereka layak menerima dana,” katanya pada program Belia Berinovasi:Aspirasi Keluarga Malaysia di Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM) Bentong di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga 15 September  2022, baki RM495,130 masih dalam proses penyaringan melibatkan komponen harta intelek yang dimohon merupakan cap dagangan (300), paten (21), hak cipta (75), reka bentuk perindustrian (3) dan petunjuk geografi (2).

Tambah beliau, dana itu merangkumi pembiayaan bagi fi rasmi pemfailan harta intelek kepada MyIPO,kos carian dan penderafan oleh ejen paten yang dilantik MyIPO bagi permohonan paten dan pembaharuan utiliti.

Dalam pada itu beliau berkata,, tawaran Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 terbuka kepada kalangan usahawan yang berhasrat mempatenkan hak cipta produk.

Jelasnya,walaupun dana itu mendapat sambutan baik dalam kalangan usahawan tetapi promosi berkaitan perlu diperhebat dengan sokongan pelbagai agensi lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI