fbpx

Kerajaan komited bantu mangsa penipuan kerja – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kerajaan komited dalam usaha membantu dan menyelesaikan isu membabitkan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara ekoran kegiatan sindiket penipuan pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara seperti di Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja.

“Kerajaan komited membantu dan menyelesaikan isu ini seperti yang disuarakan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad telah pun mengadakan perjumpaan dengan Presiden MCCC, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim serta ahli keluarga mangsa-mangsa sindiket bagi mendapatkan maklumat terperinci, untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, usaha-usaha sedang dilaksanakan melalui semua saluran yang ada dan kerajaan akan memastikan mereka dibawa pulang dengan selamat.

“Pada masa yang sama, saya menasihatkan seluruh Keluarga Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Keluarga Malaysia perlu menyemak kesahihan tawaran kerja di luar negara melalui Wisma Putra, bagi mengelakkan diri daripada terjebak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan kehadiran MCCC dan MHO menyerahkan memorandum khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khaizulnizam Mohamad Zuldin bagi mendesak pihak kerajaan agar campur tangan.

Susulan itu, satu pertemuan tertutup selama lebih sejam telah diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) tersebut bersama beberapa ahli keluarga mangsa hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI