fbpx

Jaringan Messi bantu PSG tewaskan Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak gol tunggal perlawanan ketika PSG menewaskan Lyon pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam. – AFP

LYON – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi menjadi wira pasukan tersebut apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Olympique Lyon 1-0 pada aksi Ligue 1 di Stadium Groupama awal pagi semalam.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol kemenangan pasukan selepas gerakan yang dilakukan bersama Neymar berjaya memecah benteng pertahanan tuan rumah.

Menerusi kemenangan itu, PSG kini gah menerajui saingan liga dengan mengutip 22 mata selepas lapan perlawanan hasil tujuh kemenangan dan satu seri, dua mata dibezakan pencabar terdekat, Olympique Marseille.

Walaupun mencatat kemenangan, namun pemain tengah PSG, Vitinha belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan kerana percaya mereka sepatutnya menjaringkan lebih ba­nyak gol pada perlawanan tersebut.

“Kami berpuas hati dengan kemenangan yang dicatatkan pada hari ini (semalam), namun kami sepatutnya jaringkan le­bih banyak gol. Bagaimanapun, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

“Selain itu, saya fikir kami juga perlu mengawal permainan dengan lebih baik pada separuh masa kedua. Berdasarkan pe­nguasaan bola yang kami miliki, kami sepatutnya cipta lebih banyak peluang,” katanya.

Pada masa sama, gandingan yang dipamerkan Messi dan Neymar pada perlawanan itu cukup baik dan dianggap sebagai jelmaan ketika kedua-dua pemain tersebut menyarung jersi Barcelona sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI