fbpx

Sedang hamil, Honey J umum bakal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONEY J

MINGGU lalu menyaksikan kejutan berganda buat peminat K-pop apabila beberapa artis mengumumkan berita perkahwinan antaranya Loco dan Go Won-hee.

Memasuki senarai adalah penari popular, Honey J yang dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Tambah mengujakan, bekas peserta program Street Woman Fighter itu kini sedang berbadan dua.

Honey J menerusi perkongsian Instagram mengakui gementar untuk memberitahu berita tersebut kepada peminatnya tetapi mahu berkongsi kebahagiaan dengan semua orang.

“Sebelum tahun ini berakhir, saya akan melangsungkan perkahwinan. Dia seorang yang sangat baik dan selalu mengutamakan saya.

“Saya juga ingin berkongsi satu lagi berita gembira. Ada satu nyawa kecil dikandung saya. Saya sungguh bahagia dan tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Honey J tidak memaklumkan siapa bakal suaminya dan hanya memuat naik gambar bayang mereka berdua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI