fbpx

Jaclyn Victor dapat markah tertinggi, tiada penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA bintang yang menduduki carta teratas minggu pertama GV9 yang berlangsung malam tadi iaitu Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

SHAH ALAM – Seperti yang dijangka, tiada sebarang penyingkiran untuk konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung malam tadi.

Konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam tersebut menyaksikan kesemua bintang GV9 membawakan lagu hits masing-masing dan mendapat pujian hebat daripada barisan juri.

Seperti dijangka, bintang disebut-sebut antara bakal juara GV9 kali ini iaitu Jaclyn Victor muncul sebagai peserta yang menduduki kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu 88.4 peratus.

Tempat kedua pula diduduki Shila Amzah dengan markah sebanyak 85 peratus, diikuti Tomok yang menduduki tempat ketiga dengan 84.1 peratus.

Sementara itu, penyanyi kelahiran Singapura, Hazrul Nuzam pula menjadi bintang yang mendapat markah terendah iaitu dengan kutipan markah sekadar 56.2 peratus.

Rancangan popular tersebut menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri professional iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Penyanyi veteran, Rahimah Rahim pula diundang selaku juri jemputan.

Konsert GV9 diacarakan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang paling menyerlah dan dikatakan paling ‘menang’ serta berjaya mencuri perhatian penonton pada konsert pengenalan.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.

Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan dua penjuru disertai artis-artis dari negara ini dan Singapura.

Mereka termasuklah Bob Yusof, Roy Capella, Asheed Def Geb C dan dua peserta mewakili seberang tambak, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.

Turut menyahut cabaran musim ini ialah Dina Nazir, Pat Candy, Haida dan Tom Fara.

Edisi kali ini turut menyaksikan penyertaan daripada kumpulan popular VE yang dianggotai Zaf, Cham, Adeep dan Hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI