fbpx

Masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menerima kalungan bunga malai daripada Vigneswaran pada Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan, di Stadium Axiata, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa masyarakat India di negara ini tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buktinya kerajaan telah meluluskan pelbagai peruntukan perbelanjaan pembangunan khusus untuk masyarkat India.

Antara bantuan yang telah diluluskan kata beliau adalah seperti peruntukan RM100 juta bagi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

Selain itu katanya, peruntukan RM25 juta bagi program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Sebagai tambahan terhadap usaha sedia ada, Kerajaan juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi India (JKMPSI) yang dipengerusikan oleh sendiri saya.

“Ini membuktikan Keluarga Malaysia berbangsa India amat penting dalam pentadbiran saya demi meningkatkan taraf hidup sejajar dengan matlamat Kerajaan menjadi Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir, Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vickneswaran.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meletakkan MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu katanya lagi, beliau juga bersetuju untuk menubuhkan Yayasan MITRA serta meluluskan peruntukkan RM2 juta kepada pelajar daripada keluarga miskin tegar masyarakat India.

Jelas beliau lagi, kerajaan juga akan meneliti beberapa perkara seperti yang telah diutarakan Presiden MIC dalam ucapannya untuk dibawa ke dalam mesyuarat kabinet.-KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI