fbpx

Inspektor direman kes rasuah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar untuk proses reman pada pagi ini.

ALOR SETAR – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman selama enam hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM3,000.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Noor di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah restoran di sini kira-kira pukul 8.40 malam semalam.

“Wang rasuah tersebut dipercayai diterima inspektor terbabit sebagai balasan untuk menyelesaikan kes melibatkan seorang individu.

“Individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Difahamkan inspektor terbabit bertugas di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan inspektor berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI