fbpx

Aliran trafik di lebuh raya utama masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik lancar di Plaza Tol Gombak

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama ketika ini dilihat masih lagi lancar dan tiada kesesakan teruk dilaporkan pada cuti hujung minggu ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Facebook rasminya, memaklumkan trafik masih lancar di kedua-dua arah melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 setakat pukul 12 tengah hari.

Bagaimanapun, trafik dilaporkan perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar berikutan orang ramai yang ingin memanfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga untuk keluar berjalan-jalan.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, trafik perlahan dari Ipoh ke Gopeng; Tapah ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah dan Sungkai ke Slim River. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI