fbpx

15 tahun nikah tidak pernah ‘bersama’ suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Selama 15 tahun berkahwin, seorang isteri mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan intim bersama suami sehingga kelahiran cahaya mata mereka juga terhasil daripada kaedah rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF).

Kisah tersebut dikongsikan semula oleh peguam syarie, Asiah Hisam menerusi hantaran di TikTok.

Katanya, seorang klien wanita hadir meminta nasihat daripada pihaknya mengenai prosedur yang perlu dilakukan dalam menuntut cerai.

Menurut pemilik akaun Peguam Syarie dan Pustaka itu, suami kepada wanita tersebut merupakan seorang yang bernafsu songsang (gay).

“Klien minta nasihat untuk bercerai tapi melalui kaedah cerai apa yang sesuai, dan ada iddah atau tidak sebab dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin bersama suami.

“Pertama kali dengar kes pelik macam ini, sungguh hebat isteri ini bertahan,” katanya.

Menurut Asiah, pihaknya mencadangkan agar wanita tersebut menuntut cerai melalui Seksyen 47 (cerai secara baik) jika suami bersetuju lepaskannya.

“Jika si suami tidak bersetuju, akan melalui proses hakam sehingga terbubarnya perkahwinan.

“Jika suami tidak setuju lepaskan boleh tuntut fasakh kerana suami tak berikan nafkah batin selama 15 tahun sehingga mendatangkan mudarat kepada mental si isteri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.