fbpx

Terduduk rugi RM60,000 ikan kolam pancing mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ikan air tawar yang mati daripada sebuah kolam pancing di Kampung Salak, Merapoh, Lipis semalam.

LIPIS – Pengusaha kolam memancing menanggung kerugian kira-kira RM60,000 apabila sebanyak lapan metrik tan ikan air tawar di kolamnya mati di Kampung Salak, Merapoh dekat sini semalam.

Pengurus kolam, Raja Noor Ezmie Alil Raja Noor Ezam, 24 berkata, kejadian itu disedarinya pada pukul 7.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi menyelia kolamnya.

“Ketika tiba di kolam semalam, saya terkejut apabila melihat banyak ikan sudah terapung di permukaan kolam.

“Keadaan berkenaan berlanjutan ke hari ini, bangkai ikan bertambah banyak, malah kawasan sekitar kolam sudah berbau busuk,” katanya di Kampung Salak, Merapoh dekat sini.

Raja Noor Ezmie Alil melihat sebahagian ikan air tawar yang mati daripada sebuah kolam pancing.

Menurut Raja Noor Ezmie Alil, dia sangat terkilan dan sedih ke­rana pelbagai jenis ikan komersial iaitu ikan patin, ikan rohu, ikan jelawat dan ikan tilapia yang berat dalam anggaran lima kilogram ke atas tidak dapat di­selamatkan.

Dia berkata, insiden itu merupakan kali pertama berlaku sejak kolam memancing tersebut beroperasi dua tahun lalu.

“Kolam ini sering menjadi tumpuan kaki pancing yang datang dari sekitar Lipis dan Gua Musang, Kelantan.

“Kami berputih mata kerana terpaksa menanggung kerugian melebihi RM60,000 ekoran kejadian ini melibatkan belanja menyediakan benih ikan dan makanan,” katanya.

Ujarnya, laporan polis telah dibuat dan sampel air telah diambil oleh jabatan berkaitan untuk siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI