fbpx

Saya bukan ah long, saya tak boleh tolong – Adam Corrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM CORRIE

PETALING JAYA – Pelakon Adam Corrie memberitahu hampir setiap hari dia akan menerima mesej daripada netizen untuk meminta pertolongan daripada segi kewangan akibat terjerat dengan sindiket ‘ah long’ atau dikejar pihak bank kerana tidak membayar hutang.

Bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu tidak dapat membantu kerana dia hanya bergelar seorang artis biasa selain berada di luar kemampuannya.

“Setiap hari saya terima mesej meminta tolong daripada segi kewangan. Kena kejar dengan ah long, kena kejar dengan bank sebab tak bayar hutang.

“Saya bukan ah long. Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan ah long. Saya artis biasa sahaja.

“Saya tak boleh nak payung (membantu) kerana di luar kemampuan saya,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Biarpun tidak dapat membantu daripada segi kewangan, pelakon filem KL Gangster itu tidak hanya akan lepas tangan begitu sahaja, sebaiknya dia akan menolong dengan memberikan nombor telefon atau laman web pihak berwajib untuk rujukan individu berkenaan.

“Saya hanya akan berikan nombor telefon atau laman web pihak berwajib untuk tuan puan hubungi meminta bantuan,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Adam turut menitipkan doa kepada mereka yang berada dalam kesempitan supaya selalu dilindungi Allah SWT daripada segala keburukan dan bahaya selain menasihati orang ramai supaya hidup secara sederhana.

“Insya-Allah. Asal punya rasa cukup, hidup ini pasti indah. Senyum selalu, bersangka baik, Insya-Allah hati akan tenang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI