fbpx
Ismail Sabri berkongsi gambar bersama isteri di Facebook miliknya ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera.

PM imbau kenangan dating bersama isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Setiap pasangan pasti mempunyai kenangan indah sewaktu mula bercinta dan berkenalan.

Tidak terkecuali, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut mempunyai memori indah tersebut bersama isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, Ismail Sabri mengimbau kembali zaman bercinta di mana beliau menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat ‘dating’.

“Mengembalikan nostalgia zaman bercinta dulu. Saya dan Datin Sri bercinta sejak bersekolah, masa itu saya di Tingkatan 6 Atas dan Datin Sri di 6 Rendah.

“Tempat makan yang paling hebat sewaktu ‘dating’ ketika itu di ‘fast food’ restoran sahajalah. A&W, KFC, Texas Fried Chicken dan lain lain. Kalau ‘time’ saya ada duit lebih, nak ‘up’ sikit saya bawa dia ke Colliseum Cafe,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, beliau turut berkongsi gambar ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera bersama isterinya di Melaka semalam.

“Malam tadi selepas program sambutan Hari Malaysia kami singgah di McD Ayer Keroh Melaka.

“Teringat waktu muda dulu. Kini kami dah jadi atok dan nenek. Namun yang pasti kami masih tetap bercinta,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai teruja dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar pasangan itu bahagia sentiasa.

“Alhamdulillah. ‘Sweet’ PM dan Isteri, semoga terus sihat dalam laksanakan tugas dan bahagia hingga ke syurga,” kata Azlan.

“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati PM sekeluarga,” kata Wan Azwan. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

POPULAR