fbpx

Hanya Segenggam Setia versi Khai Bahar bikin meremang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Hanya Segenggam Setia versi Khai Bahar kini mencuri perhatian peminat.

SELEPAS ramai penyanyi muncul dan meletup dengan lagu saduran ‘cover song’, kini Khai Bahar membuat giliran.

Kali ini, Khai menghidangkan telinga pendengar dengan lagu Hanya Segenggam Setia dendangan asal Rahmat daripada kumpulan Ekamatra.

Disampaikan dengan emosi dan caranya sendiri, Khai meraih pujian kerana berjaya memberi jiwa terhadap lagu tersebut walaupun hakikatnya bukan miliknya.

“Tidak perlu bandingkan dengan penyanyi asal, namun Khai berjaya membawa versinya dengan baik dan padu!” komen netizen.

“Tahniah Khai, berilah versi apapun, dia mampu sampaikannya dengan cemerlang,” puji seorang pengguna TikTok.

Selain itu, ada juga yang mahu melihat Khai dan Rahmat berduet menyanyikan lagu ini satu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI