fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Hanya tujuh aksi, tiga ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND dan Kane berada di bahagian serangan dilihat mempunyai peluang untuk meledak gol minggu ini.

KEHANGATAN Liga Fantasi Kosmo! menerusi Fantasy Premier League (FPL) kembali dirasai selepas aksi pada minggu ketujuh (GW7) dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II minggu lalu.

Bagi saingan minggu ini (GW8), para pengurus berdepan cabaran sukar untuk membentuk pasukan mantap memandangkan masih ada lagi perlawanan ditunda dengan kelab utama seperti Chelsea, Liverpool dan Manchester United tidak beraksi.

Hanya ada tujuh perlawanan yang disajikan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini dan Kosmo! menyediakan tips ramalan untuk memberi ‘buah fikiran’ baharu bagi pengurus FPL memilih pemain dan formasi terbaik.

 

PENJAGA GOL
NICK POPE

POPE akan terus menjadi sandaran utama Eddie How untuk diturunkan pada pertemuan menentang Bournmouth meskipun pasukan itu baru menandatangani Loris Karius. Pope cemerlang apabila merekodkan tiga clean sheet musim ini.

PERTAHANAN
JOAO CANCELO

BINTANG pertahanan Man. City ini sememangnya pakar dalam menyumbangkan mata buat pengurus FPL. Jika Cancelo berada pada hari terbaik, dia boleh menyumbat gol berkelas dunia mahupun mencipta peluang jaringan buat jentera serangan.

TENGAH
GABRIEL MARTINELLI

PEMAIN muda Brazil ini semakin menunjukkan prestasi konsisten bersama skuad The Gunners sejak awal musim ini. Dia akan menjadi jentera utama di posisi tengah untuk merencanakan serangan buat skuad kendalian Mikel Arteta itu.

PENYERANG
HARRY KANE

KANE yang terkenal dengan penyerang ‘lambat panas’ pada musim baharu EPL membuat perubahan kali ini apabila tampil konsisten dengan meledak lima gol buat pasukan dalam enam perlawanan.

KAPTEN
ERLING HAALAND

HAALAND semestinya menjadi pilihan pertama setiap pengurus pasukan FPL musim ini berikutan prestasi cemerlang awal musim dengan meledak 10 gol. Dia telah mencipta rekod dengan menjadi pilihan kapten lebih 5 juta pemain FPL pada minggu sebelum ini.

JADUAL

SABTU

Aston Villa lwn Southampton
Siaran langsung Astro 813, 3 pagi

Nottinghamm Forest lwn Fulham
Siaran langsung Astro 811, 3 pagi

Wolverhampton lwn Man. City
Siaran langsung Astro 813, 7.30 mlm

Newcastle lwn Bournemouth
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

AHAD

Tottenham lwn Leicester
Siaran langsung Astro 813, 12.30 pagi

Brentford lwn Arsenal
Siaran langsung Astro 813, 7 ptg

Everton lwn West Ham
Siaran langsung Astro 813, 9.15 mlm

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI