fbpx

Kilang proses isi ikan, mini kompleks bot laut dalam dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz (dua dari kanan) merasmikan perarakan 200 bot sempena Hari Malaysia di perairan Klubong, Bukit Gantang. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membina sebuah kilang industri memproses isi ikan bernilai RM6 juta di kawasan Sungai Tinggi tidak lama lagi.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti lokasi yang sesuai di kawasan itu.

“Isi ikan mendapat permintaan yang tinggi untuk industri keropok terutamanya ketika musim tengkujuh di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di sebelah Pantai Barat pada ketika itu tidak berlaku musim tengkujuh, jadi isi ikan yang diproses di sini boleh menampung permintaan yang meluas di pasaran,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia dan Penyerahan Bantuan Tong Berinsulasi kepada nelayan sempena Merdeka @ Parlimen 2022 di Jeti Sungai Kerang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 200 buah bot nelayan sertai perarakan Hari Malaysia di Perairan Klubong.

Mengulas lanjut, menurut beliau, kilang yang akan dibina itu mampu memuatkan stok simpanan sebanyak 500 metrik tan isi ikan dalam bilik sejuk beku.

Sementara itu, katanya, LKIM juga turut akan mendirikan mini kompleks pendaratan untuk bot kelas C2 laut dalam di Jeti Klubong dan Teluk Kertang.

“Minggu ini saya akan membawa seramai lima orang anak muda bumiputera ke laut dalam bagi menguji kemampuan mereka. Sekiranya mereka mampu untuk mengendalikan dan menguruskan kapal laut dalam, kita akan beri latihan serta memberi pembiayaan daripada bantuan yang kita ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI