fbpx

Prestasi semasa Mane resahkan Nagelsmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE gagal memberikan impak terbaik buat Bayern, namun mereka bernasib baik untuk menewaskan Barcelona awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann melahirkan kebimbangan me­ngenai prestasi pemain baharunya, Sadio Mane yang dilihat sema­kin menurun terutama ketika menentang Barcelona awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Bayern berjaya memanfaatkan aksi di laman sendiri dengan meraih kemenangan 2-0 pada perlawanan itu, tetapi Mane dilihat berdepan kesukaran menyebabkan dia terpaksa dibawa keluar pada minit ke-70.

“Saya fikir dia masih baharu di sini dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Dia sedang mencuba dan saya yakin dia akan berjaya bersama kami,” kata Nagelsmann.

Pada aksi tersebut, Mane gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gawang Barcelona sekali gus menyaksikan dia terus kemarau jaringan dalam empat perlawanan setakat ini.

“Pada babak pertama, Barcelona nyata lebih baik berbanding kami, tetapi babak kedua kami mula mempamerkan kelainan,” jelas jurulatih berusia 35 tahun itu.

Sementara itu, penjaga gol Bayern, Manuel Neuer menjadi penghalang terbesar Barcelona untuk mereka mencapai kemenangan apabila mempamerkan aksi penyelamatan luar biasa.

“Kami perlu bermain lebih baik menentang pasukan yang sangat kompak di bahagian pertahanan. Kami perlu meneruskan aksi sebegini selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI