fbpx

Dituduh ada skandal, Shuib mohon hentikan spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB menafikan menjalin hubungan bersama wanita bernama Wati sebelum Siti Sarah meninggal dunia.

PETALING JAYA – Belum reda gosip bercinta dengan usahawan produk bernama Watie, kini bertebaran pula video pendek wanita tersebut di padang golf yang didakwa berlatar belakangkan suara Shuib.

Penyebaran video tersebut di laman sosial membuatkan pelawak dan ahli perniagaan itu tampil menafikan suara berkenaan adalah dirinya atau mempunyai hubungan dengan wanita lain sebelum isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia

Tegas Shuib lagi, segelintir pihak yang melulu membuat tuduhan bersandarkan video lama itu dirasakan tidak adil bukan hanya terhadap dirinya, malah kepada arwah Siti Sarah sendiri.

“Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.

“Ada yang menuduh saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil, baik untuk saya mahu pun Allahyarham Siti Sarah,” katanya menerusi kiriman nota suara kepada media.

Bapa kepada empat cahaya mata itu turut menjelaskan video yang viral dimuat naik bertarikh April 2019, sedangkan dia hanya mula berjinak-jinak dengan sukan golf sekitar Mei 2020.

“Jika lihat balik tarikh yang tertera pada video yang tular itu adalah pada April 2019, sedangkan saya hanya mula memegang kayu golf selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Ketika itu kerajaan memberikan kelonggaran kepada sukan golf, jadi saya buat keputusan untuk mencuba bagi mengelakkan kebosanan, malah saya ada menghubungi Sharnaaz menyatakan hasrat berkenaan.

“Mereka yang tidak percaya mungkin boleh semak kembali gambar yang saya muat naik di akaun instagram saya,” katanya lagi.

Bagi menjelaskan suara lelaki yang kedengaran seakan seperti suaranya, Shuib berkata, perkara tersebut mungkin berlaku secara kebetulan.

“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan nice’yang disebut mirip suara saya, tapi individu di sebalik video itu bukan saya.

“Suara itu memang tidak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar.

“Setakat suara, semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” tambahnya.

Nama Shuib ‘naik’ di platform TikTok selepas tular satu video memperlihatkan seorang wanita sedang memukul bola golf disusuli pujian seorang lelaki yang hanya kedengaran suara, tanpa memperlihatkan wajah atau susuk tubuh empunya diri.

Rata-rata mendakwa suara di video berkenaan adalah Shuib memandangkan pelawak itu kini digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang dikenali sebagai Watie itu.

Khabar angin mengenai hubungan rapatnya dengan usahawan berkenaan tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video mereka, baru-baru ini.

Mereka dikatakan punya hubungan istimewa berikutan kerap dilihat menghadiri majlis dan konsert bersama-sama dengan mengenakan persalinan warna senada.

Terdahulu, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Begitupun, isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI