fbpx
ATIKAH SUHAIME

Atikah Suhaime bengang dikritik hanya sebab ‘eyebag’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Terima kasih buat saya rasa buruk dan kurang keyakinan.”

Berbunyi sedikit sinikal, itulah reaksi pelakon asal Singapura Atikah Suhaime susulan kritikan netizen tentang penampilannya sehingga mencetuskan kurang keyakinan terhadap diri sendiri.

Perkara tersebut diluah pemilik nama penuh Nur Atikah Mohd Suhaime, 31, apabila menerima kritikan hebat daripada segelintir netizen mengenai masalah bengkak bawah matanya (eyebag) yang kelihatan ketara dalam sebuah video.

Eyebag ini ada sejak zaman sekolah dan akan nampak ketara apabila kurang pengcahayaan atau tiada solekan.

“Setiap bulan saya akan suntik bawah mata untuk hilangkannya tetapi disebabkan baru sahaja habis penggambaran, jadi belum ada kesempatan untuk lakukannya,” katanya dalam satu video TikTok.

Selain tentang bahagian mata, rambutnya yang kini berubah dengan gaya kerinting juga menjadi bahan bualan netizen.

“Gaya rambut ini pula untuk penggambaran untuk sebuah karakter.

“Apabila jurusolek lakukan, nampak cantik sangat tetapi bila saya sendiri lakukannya, nauzubillah,” katanya lagi.

Menjawab pertanyaan ramai tentang kemunculannya dalam televisyen, pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu dia mengakui selektif dalam menerima sebarang tawaran lakonan.

Malah, dia juga turut berseloroh berbaur sindiran mengenai usahanya bekerja sedangkan sudah memiliki teman lelaki kaya.

“Kurang nampak dalam televisyen sekarang sebab saya memilih tawaran. Jika jalan cerita menarik dan berbaloi, saya akan terima.

“Lagipun buat apa susah asyik bekerja, teman lelaki saya kaya,” selorohnya.

Terdahulu, Atikah dihujani pelbagai kritikan mengenai penampilannya yang dikatakan selekeh dan wajah kurang bermaya dalam sebuah video TikTok.

Perkara tersebut tercetus apabila tompok gelap pada bawah mata dikatakan sangat ketara sehingga ada yang mengandaikan dia kerap menangis dan kurang sihat.

POPULAR