fbpx

Profesor Asma dilantik Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Asma - FOTO USM

PUTRAJAYA – Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail dilantik sebagai Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara berkuat kuasa 23 Jun lalu.

Penasihat STI Negara bertanggungjawab mengemukakan dasar, strategi, prosedur dan langkah-langkah bagi meningkatkan pencapaian dan kelestarian negara dalam bidang berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan itu adalah tanggungjawab besar dan merupakan amanah perlu dilaksanakan sebaiknya ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

“Pengalaman Prof. Asma selama lebih 30 tahun dalam bidang sains serta sokongan jaringan pakar ASM akan menjadi sumber rujukan kerajaan dalam menyelesaikan pelbagai isu semasa dengan lebih berkesan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Ini adalah satu usaha untuk mengukuhkan tadbir urus kerajaan dalam bidang berkenaan selain beliau turut berperanan mengukuhkan hubungan antara kerajaan, saintis serta organisasi sains di dalam mahupun luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Prof. Asma turut mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjawat beberapa jawatan penting seperti Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (2014-2016), Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (2019-2021), Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2012 dan Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 2016 hingga 2019.

Pada 24 Mac 2022, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-14.

Di peringkat antarabangsa, beliau dilantik sebagai ahli majlis Inter Academy Panel (IAP) berpusat di Itali yang dianggotai oleh 102 buah negara.

Prof. Asma turut menyertai The Academy of Sciences for the Developing World (TWAS) dan The Islamic World Academy of Sciences.

Selain itu beliau juga dipilih sebagai Ahli Kehormat Akademi Sains Perubatan Iran pada 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI