fbpx

Buruh, peniaga kosmetik menangis terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Ching Wei (kanan) dan Lay Ling (dua kiri) bersama peguam bela mereka di Mahkamah Tinggi Muar, hari ini.

MUAR – Seorang buruh kasar dan seorang peniaga kosmetik dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi Muar di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sejurus keputusan dibacakan, tertuduh, Lai Ching Wei, 38, dan Te Lay Ling, 35, menangis dan memeluk barisan peguam bela yang mewakili mereka.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama seorang lagi tertuduh, Tee Siang Ti yang meninggal dunia ketika dalam tahanan penjara akibat Covid-19 mengedar 523 gram (g) heroin dan morphine.

Mengikut fakta kes, dadah berkenaan dijumpai di bilik utama rumah tersebut namun ketika ditahan Ching Wei berada di luar bilik utama manakala Lay Ling berada di dapur.

Hasil pemeriksaan tidak menjumpai dadah pada badan kedua-dua orang kena tuduh (OKT).

Pihak pembelaan mengutarakan bahawa terdapat orang-orang lain yang mempunyai akses ke dalam rumah tersebut kerana terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki dan perempuan lain selain OKT-OKT di dalam rumah tersebut.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam G.Subramaniam Nair, Selvanteran Segaran dan Dhanesh Subramaniam Nair manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI