fbpx

Banjir Baling: Kerugian tragedi aliran puing cecah RM28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan sekitar selepas berlakunya banjir lumpur di Kupang, Baling pada 4 Julai lalu.

ALOR SETAR – Kerugian akibat kejadian aliran puing dan banjir lumpur di Kupang, Baling dekat sini yang turut meragut nyawa tiga sekeluarga pada 4 Julai lalu dianggarkan sebanyak RM28 juta.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, angka itu diperolehi menerusi bancian dijalankan sebuah jawatankuasa ditubuhkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah itu.

Katanya, sebanyak 80 pembanci telah turun ke setiap rumah terjejas berdasarkan laporan polis yang diterima berhubung kejadian tersebut.

“Secara keseluruhannya terdapat 900 laporan polis diterima selepas kejadian itu berlaku, namun ada antara laporan itu didapati bertindih.

“Maka, kalangan pembanci ini telah turun dari rumah ke rumah dan mendapati anggaran kerugian daripada segi infrastruktur, kediaman, kenderaan dan harta benda berjumlah RM28 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurutnya, beliau bagaimanapun belum menerima nilai kerugian bagi kejadian banjir lumpur kali kedua dan ketiga yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi memaklumkan, kerajaan negeri telah memulakan proses pengambilan balik tanah di Baling bagi pembinaan rumah baharu bagi 17 keluarga yang berada dalam zon kuning berhampiran Sungai Kupang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI