fbpx

1,942 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,942 kes semalam termasuk sembilan kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,770,765 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,276 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,746,912 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 25,693 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 340.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 468 diikuti Kuala Lumpur (389), Perak (167), Sabah (151), Sarawak (145), Negeri Sembilan (104), Kedah (100), Johor (82) dan Pulau Pinang (68).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Melaka (64), Kelantan (58), Pahang (50), Terengganu (40), Putrajaya (32), Labuan (8) dan Perlis (7),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak enam kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,291.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,711 setakat ini.

Sebanyak 24,431 kes dikuarantin di rumah, 11 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,189 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI