fbpx

Teong Kim sah pengendali baharu Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG KIM akan mengambil alih tugas melatih Perak FC selepas berakhirnya perlawanan menentang Kuching City Sabtu ini.

TEKA-teki pengendali baharu Perak FC akhirnya terlerai selepas pasukan Liga Perdana itu sah mengikat bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim dengan ikatan kontrak dua tahun.

Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, sudah tiba masanya pengurusan menyusun semula pasukan selepas kekalahan berterusan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana . 

“Perak FC terpaksa menjalani tempoh peralihan dan kami kini telah menyelesaikan semua masalah yang timbul. Tiada lagi alasan untuk musim depan kerana kami mempunyai masa yang cukup dan jurulatih terkemuka yang telah ditambah dalam senarai kami. 

“Matlamat utama kami ialah menstabilkan kelab untuk mengekalkan status kompetitif kami dengan pengambilan pemain baharu. 

“Pandangan Lim dalam pengurusan akar umbi dan pengendalian penting kepada Perak FC dalam proses membina semula pasukan mampan yang boleh bersaing untuk merebut kejuaraan, ” katanya menerusi satu kenyataan.

Teong Kim cukup dikenali sebagai individu yang sering tegas menyatakan pendiriannya dan pengalaman melatih Bayern Munich Bawah 19 tahun dan melahirkan pemain seperti Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can, malah pernah berkhidmat di Bologna FC.

Di peringkat tempatan, beliau pernah memegang jawatan Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2013 dan kemudian pada 2016 , dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari .

Pengendali ketika ini, Yusri akan diberi peranan baru bersama skuad B-23 musim depan dan Teong Kim akan mengambil alih peranan baharunya sejurus selepas perlawanan dengan Kuching City FC di Stadium Perak, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI