fbpx

Cadangan pembinaan jeti pelancongan Seberang Kastam dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias (dua kiri) mendengar taklimat pembangunan pada program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 di Setiu hari ini.

SETIU – Cadangan pembinaan sebuah jeti pelancongan di Seberang Kastam, Besut telah dibatalkan selepas mendapat bantahan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak berkata, kerajaan negeri akur dengan bantahan berkenaan yang telah disalurkan menerusi program Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 baru-baru ini.

“Berdasarkan maklum balas itu, penduduk setempat mahu jeti Seberang Kastam dikekalkan sebagai pendaratan nelayan.

“Kita menghormati dan akur mengikut saranan itu setelah membuat penilaian dari pelbagai aspek,” katanya selepas merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 di sini hari ini.

Alias berkata, kerajaan negeri Terengganu amat positif dengan penglibatan awam dalam rancangan tempatan kelolaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) Terengganu daerah masinng-masing.

Tambah beliau, Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 dipamerkan selama sebulan yang berakhir baru-baru ini mendapat 3,232 maklum balas daripada 288 individu.

“Ia merupakan penyertaan tertinggi diterima berhubung program rancangan tempatan daerah di negeri ini.

“Orang ramai terbukti semakin cakna dengan perancangan pembangunan kawasan setempat. Semua maklum balas ini diambil kira sebelum rancangan tersebut diwartakan untuk pembangunan masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI