fbpx
Najib (kiri) dan Noorana Najwa (kanan).

Keluarga rayu Najib diberi rawatan perubatan sewajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Atas dasar kemanusiaan, keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu kepada pihak penjara dan kerajaan agar membenarkan beliau menerima rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh anaknya Nooryana Najwa memberitahu, doktor menemui banyak ulser baharu di bahagian dalam perut bapanya yang merupakan masalah sama berulang sejak lebih 15 tahun lalu.

Nooryana berkata, perkara itu menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan Najib tidak berada dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital.

“Daddy (Najib) ada buat endoskopi hari Sabtu lepas, doktor di Hospital Kuala Lumpur juga melakukan biopsi dan ulser terpaksa ‘klip’ untuk menghentikan pendarahan.

“Kemudian, Daddy minta untuk menjalani pemerhatian di HKL, tetapi ditolak. Doktor discaj dan beliau hadir ke mahkamah pagi tadi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Tambahnya, doktor juga telah menukar ubat-ubatan daripada jenis yang biasa beliau makan sejak bertahun-tahun dan menghantarnya kembali ke Kajang.

“Pemeriksaan pada pagi tadi oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah daddy sangat tinggi, mungkin disebabkan oleh pertukaran ubat yang telah dilakukan,” luahnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Najib perlu dirujuk ke Hospital Kajang bagi menerima rawatan ekoran keadaan kesihatannya yang agak teruk.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pegawai penjara memaklumkan kepadanya bahawa ubat tekanan darah tinggi yang diambil oleh bekas Perdana Menteri ditukar sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.- KOSMO! ONLINE

POPULAR