fbpx

Jaringan Neymar bantu PSG menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR muncul wira PSG apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menewaskan Brest pada aksi Ligue 1 kelmarin. – AFP

PARIS – Neymar menjadi wira Paris Saint-Germain apabila berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Brest kelmarin.

Ia adalah jaringan ke-10 Neymar musim ini dan kemenangan itu kembali melonjakkan PSG ke puncak Ligue 1, malah selepas tujuh aksi awal, skuad kendalian Christophe Galtier masih lagi kekal dengan rekod tanpa kalah.

Walaupun mampu meraih tiga mata, kemenangan tipis itu seakan tidak menepati reputasi PSG memandangkan Brest baru saja alami kekalahan 0-7 kepada Montpellier hujung bulan lalu.

“Ia sentiasa menjadi situasi yang sukar kerana kami baru saja habis beraksi di pentas Liga Juara-Juara. Perlawanan ini memaksa kami bekerja keras dan menguji kemampuan fizikal serta mental kami.

“Tetapi, mungkin juga keinginan kami tidak sama dengan apa yang pasukan ini sudah tunjukkan dalam perlawanan lepas,” katanya.

Galtier memilih menurunkan barisan terkuat apabila hanya merehatkan Nuno Mendes dan Marquinhos yang sebelum itu beraksi menentang Juventus.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI