fbpx

Perak sasar 7 juta pelancong akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (tengah) bergambar selepas merasmikan Majlis Menandatangani MoU di antara KTMB dan The Treasure di The Treasure@Taman Herba Gopeng hari ini.

GOPENG – Kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Perak menyasarkan kehadiran tujuh juta pelancongan sehingga akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kenyataan yang dikeluarkan secara rawak oleh pihak perhotelan menunjukkan tempahan penginapan telah mencecah sebanyak 80 peratus.

“Peningkatan yang menggalakkan itu menunjukkan perkembangan yang baik berbanding fasa pandemik lalu yang hanya sekitar 40 peratus.

“Saya optimis untuk menyasarkan tujuh juta pelancong untuk tahun ini. Kita meletakkan 20 peratus lebih tinggi daripada sasaran asal supaya industri pelancongan negeri ini akan lebih produktif.

“Sekiranya tidak mencapai sasaran, pastinya kita telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya enam juta pelancong,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan The Treasure @ Taman Herba Gopeng di sini hari ini.

Menurutnya, perkembangan sektor pelancongan kini lebih cenderung kepada produk ekopelancongan.

“Ekopelancongan merupakan tarikan utama di negeri Perak kerana kita mempunyai banyak produk-produk pelancongan yang berkait rapat dengan alam semulajadi.

“Saya yakin produk-produk yang berprestij ini mampu menarik ramai pengunjung terutamanya pada musim cuti perayaan dan sekolah dan secara langsung membantu mencapaikan sasaran seperti yang diharapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI