fbpx

Lori bawa minyak diesel terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori yang membawa muatan minyak diesel terbalik di Jalan Pasir Panjang berhampiran lampu isyara di hadapan sebuah resort di Teluk Kemang di sini pagi tadi. -FOTO/ IHSAN BOMBA.

PORT DICKSON – Sebuah lori yang membawa muatan minyak diesel terbalik menyebabkan berlaku tumpahan minyak di Jalan Pasir Panjang berhampiran lampu isyara di hadapan sebuah resort di Teluk Kemang di sini pagi tadi.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.20 pagi.

“Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah diarahkan ke lokasi.

“Setibanya jentera bomba ditempatkan kejadian, didapati benar sebuah lori minyak diesel terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azizee, mangsa lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 23 tahun telah dikejarkan ke Hospital Port Dickson.

Jelas beliau, kerja-kerja kawalan tumpahan minyak dan pembersihan sedang dilakukan oleh pihak bomba serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI