fbpx

Karavan tertua dunia dilelong RM1.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Direka bentuk daripada model Ford pertama, karavan ini tidak seluas versi yang lebih baharu. - Bonhams

LONDON – Sebuah karavan bermotor tertua di dunia bakal dilelong di Muzium Permotoran Kebangsaan di Britain dengan harga permulaan AS$250,000 (RM1.1 juta), lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kenderaan berasaskan  Ford Model T 1914 itu dibina di atas kerangka yang telah diubah suai oleh syarikat pembuat koc, Baico.

Kenderaan itu pernah dimiliki oleh sebuah keluarga yang merupakan pemilik rangkaian gedung beli-belah Bentalls. Karavan itu mempunyai ruang tidur untuk empat orang. 

Ia juga mempunyai dapur gas untuk memasak serta tempat duduk hadapan gaya sofa kulit yang boleh diundurkan menghadap ke ruang tamu apabila kenderaan itu diparkir.

Menurut firma Bonhams yang menganjurkan lelongan itu, karavan terebut  ditinggalkan selama beberapa dekad sehingga ia dibeli dan diperbaharui dengan bantuan sebuah syarikat pembuat kabinet pada tahun 1970-an dan kekal beroperasi sepenuhnya.

“Kualiti material dan mutu kerja adalah hebat dalam setiap cara dan kerja pemulihan menghasilkan sebuah karavan yang selesa,” kata jurucakap  Bonhams. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI