fbpx

Piala FA: MB Johor umum esok cuti peristiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan JDT meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan berbesar hati mengumumkan hari ahad, 11 September sebagai cuti peristiwa buat negeri Johor berikutan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya merangkul piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan beliau melalui laman Twitter miliknya, Onn Hafiz mengucapkan tahniah dan syukur buat pasukan JDT yang menang ke atas Terengganu FC dengan jaringan 3-1

Ujar beliau, ini sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan itu.

“Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI