fbpx

Manchester United diaib Sociedad di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan kekalahan pada aksi pertama Liga Europa selepas tunduk 0-1 menentang Sociedad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Aksi cemerlang Manchester United de­ngan rekod empat kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebur selepas tewas tipis 0-1 ketika menentang Real Sociedad pada perlawanan Liga Europa di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada saingan tersebut, United turun memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat sebelum tewas menerusi sepakan penalti kontroversi selepas bola didakwa terkena tangan Lisandro Martinez pada babak kedua.

Sociedad meraih kemenangan pada minit ke-59 sejurus Brais Mendez menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus menewaskan penjaga gol United, David De Gea.

Jurulatih Real Sociedad, Imanol Alguacil mengakui gembira dengan penampilan anak-anak buah selepas melakukan kejutan menewaskan United di stadium keramat mereka di Old Trafford.

“Kami sedar malam ini kami berdepan pasukan yang kuat. Tetapi, kami mempunyai pilihan jika pasukan tampil dengan baik, Real Sociedad mampu mengubah keadaan tersebut.

“Begitulah keadaannya dan nasib menyebelahi kami hari ini untuk meraih kemenangan pertama di Liga Europa. Sudah pasti kemenangan ini memberi kegembiraan kepada seluruh pasukan dan juga peminat yang datang ke stadium hari ini.

“Saya sangat gembira kerana hasil kerja keras pasukan membuahkan hasil. Bukan sahaja kami telah mencapai kemena­ngan, tetapi segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Namun, ini baru perlawanan pertama peringkat kumpulan dan selepas ini kami perlu fikir mengenai perlawanan seterus­nya,” kata Alguacil.

Pada saingan tersebut, suasana suram menyelubungi Old Trafford dan Stadium London, dengan United dan West Ham kedua-duanya bertafakur selama seminit sebelum sepak mula.

Di Old Trafford, penyokong United kelihatan menangis di tempat duduk, manakala penyokong Sociedad turut memberikan penghormatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI