fbpx

Salah tiada dalam senarai pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA lima pemain yang dijangka menyerlah sekiranya aksi minggu ini diteruskan.

SAINGAN Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL) kini sudah memasuki minggu ketujuh dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa perubahan dalam senarai pemain bagi mengutip mata untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.

Bagi minggu ketujuh kali ini, antara perlawanan yang bakal menjadi tumpuan pastinya menjurus kepada perhitungan Manchester City dan Tottenham Hotspur serta pendahulu carta, Arsenal dengan Everton.

Lebih menarik, minggu ini juga menyaksikan bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah tidak berada dalam kesebelasan utama yang dicadangkan ekoran prestasi hambar sejak beberapa perlawanan lalu.

Justeru, Kosmo! kali ini berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pemilihan ideal memandangkan beberapa pasukan seakan mula mendapat rentak sebenar.

 

PENJAGA GOL
DEAN HENDERSON menjadi pemain yang wajar menjadi pilihan kerana ketangkasannya. Kualiti yang ada terutama menyelamatkan sepakan penalti memberi peluang untuk mendapat bonus tambahan.

PERTAHANAN
DIOGO DALOT menjadi antara tonggak memacu prestasi Manchester United. Selain benteng yang makin kukuh dan sukar dibolosi, Dalot juga memiliki kemampuan untuk melakukan umpanan gol.

TENGAH
LUIS DIAZ dijangka akan terus menjadi nadi penting kepada Liverpool musim ini. Biarpun tewas pada aksi pertama Liga Juara-Juara menentang Napoli, Diaz berjaya mencetak nama selaku penjaring gol tunggal pasukan itu.

PENYERANG
ALEKSANDAR MITROVIC sudah membuktikan permulaan musim ini menjadi pentas buatnya mencuri perhatian dan sentuhannya sentiasa tajam untuk terus menjadi watak penting buat Fulham.

KAPTEN
ERLING HAALAND menjadi pilihan paling mudah buat kesemua pengurus dan konsistensinya bakal menjadi taruhan pemain fantasi bagi mendapatkan mata maksimum setiap minggu.

JADUAL

MALAM INI

FULHAM lwn CHELSEA
Siaran langsung Astro 813, 7.30 mlm

BOURNEMOUTH lwn BRIGHTON
Siaran langsung Astro On The Go, 10 mlm

LEICESTER lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

LIVERPOOL lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

SOUTHAMPTON lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro On The Go, 10 mlm

AHAD

MAN. CITY lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm

ARSENAL lwn EVERTON
Siaran langsung Astro 813, 9 mlm

WEST HAM lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 811, 9 mlm

C. PALACE lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 11.30 mlm

SELASA

LEEDS lwn N. FOREST
Siaran langsung Astro 813, 3 pagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI