fbpx

Anak kucing dipuji comel walaupun memiliki tiga biji mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mata ketiga anak kucing itu berada dalam soket mata sebelah kiri. - Reddit

WASHINGTON – Seorang pengguna platform perkongsian Reddit menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar anak kucingnya yang memiliki mata ketiga, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Gambar yang dimuat naik menerusi akaun u/Alloth itu menunjukkan mata ketiga kucing itu ditemui dalam salah satu soket mata sedia ada.

“Kucing bermata tiga,” tulis kapsyen status tersebut.

Gambar tersebut menyentuh hati ramai pengguna media sosial yang berasakan keadaan itu menjadikan haiwan itu bertambah comel.

“Saya harap mata ketiganya tidak menyebabkan kesakitan”, tanya seorang pengguna media sosial.

“Kucing itu adalah yang terpilih,” komen seorang lagi.

Seorang doktor haiwan menjelaskan keadaan tersebut berlaku disebabkan mutasi genetik yang jarang berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI