fbpx

Uyaina Arshad selamat lahirkan bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA dan suami memaklumkan mereka selamat menimang cahaya mata lelaki semalam.

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara semalam.

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran menerusi hantaran Instagram masing-masing yang turut memuat naik foto memegang tangan bayi mereka.

“Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira.

“Pembedahan yang berlangsung dengan selamat, syukur Alhamdulillah,” kata hos program Wanita Hari Ini itu.

Berkongsi lanjut, pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, itu berkata, anaknya dilahirkan pada waktu petang semalam.

Sama seperti doa seorang ibu lain, dia turut berharap anak sulungnya itu membesar menjadi manusia yang berguna kelak.

“Menjelang maghrib, tanggal 8 September 2022, anakandaku dilahirkan dengan tangisan.

“Semoga menjadi anak soleh, taat pada ibu bapa dan agama. Harap menjadi seorang manusia yang berakhlak mulia dan pemimpin yang hebat.

“Baba dan mama sayang awak sangat. Minta kalian dapat mendoakan yang baik-baik buat anak sulung kami,” katanya lagi.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis perkahwinan di ibu negara.

Sementara, pada 2 April lalu, dia mengesahkan berita kehamilan kepada umum selepas sering diasak dengan soalan mengenai baby bump yang kelihatan semakin membesar sebelum mengumumkan jantina kandungannya pada Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI