fbpx

Tapak tangan ‘bocor’ diserang ibu beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuperus terserempak dengan seekor beruang betina dan tiga anaknya. - Getty Images/iStockphoto

WASHINGTON – Seorang pemburu di negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS) mengalami luka tusukan yang serius di lengannya akibat diserang seekor beruang coklat selepas terserempak dengan binatang buas itu dan tiga anaknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Nicholas Kuperus, 33, dari Michigan berjaya melarikan diri daripada serangan maut itu pada Selasa lalu selepas menggunakan alat semburan beruang, kata pasukan renjer Alaska Wildlife Troopers dalam satu kenyataan.

Kuperus terserempak dengan beruang betina tiga anak itu ketika memburu bersama rakan-rakan lain kira-kira 96.6 kilometer (km) di utara Glennallen di hulu East Fork Indian River, jelas kenyataan itu.

Pasukan pemburu itu kemudian menghubungi pasukan tentera untuk mendapatkan bantuan menggunakan alat komunikasi satelit.

Penyelamat terbang ke puncak bukit berhampiran dengan sebuah pesawat kecil untuk menyelamatkan Kuperus dan membawanya ke ambulans di Glennallen.

Dalam kejadian berasingan, beberapa hari sebelum itu, seorang pemburu diserang oleh seekor beruang coklat dewasa ketika menghampiri haiwan yang disangkanya sudah mati ditembak, lapor akhbar Anchorage Daily News.

Lelaki itu menghampiri haiwan itu di lokasi berhampiran bandar Anchorage sebelum beruang itu menyerang. Rakan pemburunya menembak beruang itu sehingga ia menghentikan serangan.

Pemburu itu kemudian dibawa ke hospital. Tidak jelas sama ada beruang itu terselamat atau tidak.

Awal tahun ini, seorang anggota tentera AS meninggal dunia selepas diserang oleh seekor beruang ketika menjalani latihan berhampiran Tapak Pelupusan Wilayah Anchorage, kira-kira 321.9 km dari lokasi Kuperus diserang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI