fbpx

BBC batal siaran, penyampai pakai pakaian hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratu Elizabeth II.

PETALING JAYA – Sebuah pelan yang dikenali sebagai ‘Operation London Bridge’ mula hangat diperkatakan susulan tindakan sebuah media tempatan United Kingdom, BBC mengubah warna laman web kepada hitam.

Menerusi perkongsian Chad Ryan di Twitter memaklumkan, keluarga Diraja Britain telah membatalkan Majlis Privy dan berangkat ke Istana Balmoral, Scotland.

“Penyampai BBC juga memakai pakaian berwarna hitam selain membatalkan semua siaran sehingga pukul 6 petang,” ciapnya hari ini.

Menurutnya, keadaan tersebut seolah-olah sebahagian daripada pelan yang dirancang menerusi ‘Operation London Bridge’.

Operasi tersebut dipercayai merupakan sebuah pelan upacara pengebumian yang disediakan selama 10 hari selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Terdahulu, ahli keluarga Diraja dilaporkan telah pulang ke istana berikutan keadaan kesihatan baginda yang kini berada di bawah pengawasan perubatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI