fbpx

Kemeriahan konsert, harga tiket jadi bualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA tiket konsert Noah dan Rossa yang dikatakan agak mahal berbanding artis lain.

NAMPAKNYA, hampir setiap minggu pasti ada sahaja konsert penyanyi tempatan mahupun luar negara dianjurkan.

Memang rambang mata membuat pilihan konsert yang ingin dihadiri. Mana tidaknya, penyanyi yang akan muncul dengan konsert bukan calang-calang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Noah, Gigi, Afgan, Raihan dan Exists.

Selain tentang lambakan konsert, harga tiket juga menjadi bahan bualan netizen apabila ada yang mempersoalkan terdapat acara menawarkan harga mencecah RM5,000 sehingga RM8,000! Wow, mahalnya.

“Menangis lihat harga tiket konsert Noah dan Rossa. Rasa tak mampu dan dengar dalam YouTube sajalah,” ujar netizen yang terkejut.

“Betapa mahalnya harga tiket konsert mereka. Rasa tak terkejar dan tak cukup duit dah nak beli tiket setiap konsert, ramai sangat,” komen netizen.

Bagi Mizz Lahar, harga tersebut mungkin berbaloi dengan pengalaman yang tawarkan. Mudah cakap, belilah tiket mengikut kemampuan.

Jika ada yang terlalu meminati penyanyi tersebut, mungkin harga tiket yang mencecah ribuan ringgit tidak akan menjadi persoalan.

MIZZ LAHAR: Walaupun ada yang ‘bising’ mengenai harga, tiket tetap ‘licin’. Orang Malaysia ramai yang kaya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI