fbpx

Hidup baharu Faizal AF4, jadi penjual penapis air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGAK menyepi daripada dunia nyanyian. Faizal AF4 kini meneruskan kelangsungan hidup sebagai jurujual penapis air sebuah jenama popular.

PETALING JAYA – Bekas juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal Ramly kembali menarik perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video tentang kerjaya baharunya sebagai seorang penjual alat penapis air sebuah jenama popular.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam TikTok miliknya, penyanyi berusia 38 tahun itu meluahkan perasaan apabila menceburi bidang yang masih dianggap asing buat dirinya.

“Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari pertama saya membabitkan diri bersama Coway. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Amin,” katanya.

Ujar Faizal, dia masih lagi aktif menyanyi walaupun dirinya sudah pun membabitkan diri dalam bidang baharu sebagai usahanya untuk menambah pendapatan.

Bahkan, penyanyi kelahiran Marang, Terengganu itu juga memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk melakukan dua pekerjaan kerana apa yang penting adalah dia mencari rezeki dengan cara yang halal.

“Tidak semestinya menjadi penyanyi tidak boleh berniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.

“Jadi rasanya tidak ada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya masih lagi belajar untuk mendalami perniagaan ini. Saya sayang anda semua. Senyum sokmo!” kata Faizal sambil menghadiahkan lagu berjudul Watimang Landok untuk peminatnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Lihatlah itu turut meminta peminat mendoakan kejayaannya supaya diberikan rezeki oleh Allah SWT.

“Harap anda semua doakan yang terbaik untuk saya kerana anda adalah rezeki saya dan saya adalah rezeki anda,” katanya.

Dalam ruangan komen, rata-rata terhibur melihat telatah pertuturan, bahkan ada yan terkejut perubahan fizikal Faizal yang kelihatan semakin berisi.

“Comel Faizal. Makin ‘sihat’,” kata seorang netizen.

“Naik betul badan dia. Moga sihat selalu,” ujar seorang lagi peminatnya.

Sekadar info, Faizal yang sebelum ini pernah menikmati kemasyhuran sebagai penyanyi berdepan zaman kejatuhan selepas terjebak penyalahgunaan dadah.

Dalam satu pengakuannya, Faizal memberitahu segala-galanya berubah selepas dia dilimpahi kemewahan wang ringgit selain terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang akhirnya memakan diri sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI