fbpx

Pelancong tersalah ‘backflip’ patah tulang rusuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Callum tidak dapat dirawat di Pye dan melakukan perjalanan selama beberapa jam lagi ke hospital. - Callum Ryan/SWNS

BANGKOK – Seorang pelancong dari Britain dimasukkan ke hospital akibat patah tulang rusuk selepas terjatuh ketika melakukan aksi ‘backflip’ di sebuah taman air Thailand, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sebuah klip video menunjukkan Callum Ryan, 21, melompat ke udara di taman air Grand Canyon di Chiang Mai sebelum mendarat di atas belakang badannya. 

Menurut Ryan, pendaratan itu membuatkan paru-parunya berdarah akibat terkena tulang rusuk dan menyebabkan dia mengalami batuk berdarah.

Selepas kejadian itu, Ryan dan teman wanitanya, Beth Colley, 19, pergi ke bandar Pye dengan menaiki bas dalam perjalanan selama tiga jam setengah.

Disebabkan berasa seperti tidak sihat, dia pergi ke sebuah hospital terdekat, namun kemudahan itu ditutup yang memaksa Ryan kembali pada keesokan harinya.

Setelah menjalani imbasan X-ray, Ryan diberitahu bahawa tulang rusuknya patahl dan paru-parunya rosak. Dia turut dimaklumkan untuk perlu pergi ke hospital lain di Chiang Mai kerana pusat rawatan tersebut tidak dapat merawatnya.

“Terdapat kusyen melantun di taman air dan saya mahu mencubanya. Sebaik sahaja mendarat di atas air, saya tahu telah melakukan sesuatu yang salah.

“Saya kemudian berenang di dalam air dan apabila kali kedua melompat ke udara, hidung saya mengeluarkan darah. Sejurus selepas beberapa saat, saya mengalami batuk yang disertai dengan segenggam darah dan ia berterusan selama 30 minit,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI