fbpx

Kelab Penyokong JDT sedia 50 bas ‘tawan’ Stadium Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Kelab Penyokong Bolasepak JDT akan berkumpul di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin sebelum berkonvoi ke Bukit Jalil.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 50 bas disediakan oleh Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi membawa kira-kira 2,000 ahlinya untuk ‘menawan’ Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi medan tempur antara JDT menentang Terengganu FC bagi merebut Piala FA pada 10 September ini.

Presidennya, Azman A. Jalil berkata, konvoi ke Bukit Jalil itu turut disertai kira-kira 40 buah kereta ahli-ahli yang lain bagi menghangatkan suasana pada perlawanan akhir itu.

Katanya, ini merupakan rutin kelab penyokong tertua di negeri ini setiap kali JDT beraksi di pentas final baik Piala FA mahupun Piala Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap kelab yang dicintai.

“Kita telah menjadi pembakar semangat mereka sejak dari peringkat awal, mustahil untuk kita melepaskan peluang ketika pemain kesayangan kita ini beraksi di pentas final.

“Sudah tentu kita akan memberikan sokongan yang jitu supaya pemain lebih bersemangat sepanjang 90 minit permainan.

“Kami meletakkan harapan yang tinggi buat pengendali baharu, Hector Bidoglio mampu menghadiahkan piala pertamanya bersama kelab bagi melengkapkan malam gemilang buat kami pada Sabtu ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Azman berkata, sejak pembelian tiket secara online dibuka, mereka sudah mula membeli tiket manakala sebahagian tiket diperuntukkan oleh kelab tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI