fbpx

i-Deen bantu pulih penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (tengah) bersama Sutekno (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pogram i-Deen di Seremban semalam.

SEREMBAN – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yakin program i-Deen yang dianjurkannya berupaya untuk terus membantu penagih dadah yang menjalani proses rawatan (klien) untuk kembali ke pangkuan masyarakat bersama potensi diri yang lebih baik.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon menjelaskan, program i-Deen yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya memberi penekanan kepada elemen psikologi dan spritual yang merupakan salah satu modul pemulihan klien.

“Program ini memberi peluang kepada klien membuktikan potensi yang ada dalam diri mereka sekali gus mereka tidak dipandang hina masyarakat.

“Ia bertujuan membentuk jati diri dan didikan kerohanian dalam jiwa klien dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Ia juga perlu diikuti oleh setiap klien selama menjalani rawatan dan pemulihan dengan AADK sama ada di bawah program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti atau pun di dalam institusi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program i-Deen AADK 2022 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari yang melibatkan penyertaaan klien dalam empat acara iaitu tilawah al-Quran, azan, syarahan tafsir dan lagu ketuhanan itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, menurut Sutekno, seramai 264 orang klien menyertai program berkenaan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI